Pensijilan Asas Zakat

Menuntut ilmu itu adalah taqwa
Menyampaikan ilmu itu adalah ibadah
Mengulang ilmu adalah zikir
Mencari imu adalah jihad
“Imam Al Ghazali”

Hotel Permata Bogor

Kewangan sosial merupakan suatu pendekatan mengurus dana dengan tujuan menyelesaikan isu – isu kemasyarakatan. Kewangan sosial juga ditakrifkan sebagai penyediaan kewangan untuk membina perlindungan sosial kepada golongan yang memerlukan.

Dari sudut konteks islam, zakat, wakaf, dana penyucian (purification fund), sedekah, sukuk, dan kewangan mikro (mikrofinance) merupakan instrumen penting dalam kewangan sosial.

Zakat

Pengenalan Zakat

The Zakat Handbook:
A Practical Guide for Muslims in the West

Zakat merupakan rukun islam yang ke 3. Zakat dari sudut bahasa (“1S 5B”) ialah suci, bersih, baik, bertambah, berkat dan berkembang. Zakat juga boleh diertikan sebagai suatu rahmat, kebaikan, penyucian dan peningkatan. Zakat dari sudut istilah (“tertentu”) ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat – syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu. Contoh jenis – jenis zakat ialah zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat tabungan, zakat saham, zakat emas, zakat perak, zakat ternakan, zakat tanaman dan zakat fitrah.

Perkataan zakat sering diulang – ulang dalam Al-Quran kerana harta dalam ajaran islam sentiasa berfungsi untuk faedah pembangunan masyarakat, sama ada ia menjadi modal atau menjadi sumber kebajikan. Perintah berzakat dalam Al-Quran adalah sebanyak 35 kali dan 32 diantaranya digabungkan dengan kata solat. 

Simple Zakat Guide:
Understand and Calculate Your Zakat

Sejarah Zakat

Sejarah zakat boleh dikatakan terbahagi kepada dua zaman iaitu zaman Rasullulah SAW dan zaman Khulafa Al Rasyidin.

Zaman Rasullulah SAW

Fasa Mekah

·      Pengamalan zakat bersifat sukarela

· Tiada ketetapan haul, nisab dan amil yang bertanggungjawab khusus

Sebelum bermula penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah, pengamalan zakat pada masa ini belum merupakan suatu kewajipan mutlak, tetapi hanya bersifat sukarela berdasarkan belas kasihan (charity) dan tolong menolong dalam kelompok sosial bagi menolong orang-orang miskin. Keringanan perintah zakat selama Zaman Makkah dilihat berdasarkan tiadanya ketetapan niṣāb, ḥawl, dan ‘āmil yang bertanggungjawab khusus mengenainya. Keadaan pada masa ini memperlihatkan bahawa perintah zakat masih bersifat anjuran untuk berbuat kebajikan kepada orang-orang fakir-miskin dan orang yang memerlukan bantuan sahaja.

Zakat Calculation: A Useful Guide

Perhatian Islam yang besar terhadap masalah kemiskinan dapat dilihat dari kenyataan bahawa semenjak di kota Makkah, Islam sudah memperhatikan masalah sosial iaitu membantu orang-orang miskin dalam mengurangkan kesukaran hidup yang dialami mereka. Oleh kerana itu, nāṣ al-Quran pada ketika ini banyak memuat ayat-ayat berhubung galakan bersedekah seperti dengan frasa “memberi makan dan mengajak memberi makan orang miskin” atau dengan “mengeluarkan sebahagian rezeki yang diberikan Allah”, “memberikan hak orang yang meminta-meminta dan miskin dan terlantar dalam perjalanan”, Lafaz mengenai zakat sendiri juga sudah digunakan dalam ayat-ayat Makkiyyah, iaitu dengan frasa “membayar zakat”.

Fasa Madinah

  •         Pengamalan zakat bersifat wajib
  •         Masa diwajibkan: tahun ke-2 hijrah
  •         Ditetapkan qadar bagi setiap jenis harta

Pada zaman ini, ayat-ayat yang turun di Madinah sudah menjelaskan bahawa zakat itu wajib dalam bentuk perintah yang tegas dan arahan pelaksanaan yang jelas.

Hukum-hukum syariah mula diperkenal dan diwajibkan ke atas umat Islam secara beransur-ansur. Sehingga pada masa mereka menerima perintah seperti kewajipan membayar zakat, mereka tidak lagi merasa berat atas perintah itu. Bahkan mereka merasa sangat senang dan berlumba-lumba untuk mengerjakan perintah Allāh S.W.T tersebut.

Impact of Zakat on
Sustainable Economic Development

Jadi, dari sisi hukum ajaran zakat merupakan kewajipan yang bersifat pasti. Dari sisi sumber dan ketentuannya, maka telah ditentukan harta apa sahaja yang harus dikeluarkan zakatnya serta jumlah yang harus dikeluarkan. Demikian pula dengan orang yang mengumpul dan membahagikannya.

Allah S.W.T telah menegaskan kekayaan apa yang mesti dikeluarkan zakatnya, syarat-syarat terkena kewajipan zakat, besarnya, sasaran zakat dan badan yang bertanggungjawab mengatur dan menguruskannya. Jadi pada Tahun Kedua Hijrah, ditetapkan qadarnya dari setiap jenis harta serta diterangkan secara terperinci. Ayat-ayat yang turun di Madinah juga telah menegaskan zakat itu wajib dalam bentuk perintah yang tegas dan arahan pelaksanaan yang jelas. Surah al-Tawbah yang diturunkan pada Tahun Kesembilan Hijrah adalah merupakan salah satu surah dalam al-Quran yang memberikan perhatian besar pada zakat.

Pada Zaman Makkah ini, Islam telah menanamkan kesedaran dalam dada orang-orang Islam untuk bantu dan tolong-menolong sesama manusia, khususnya yang kaya membantu yang miskin.

Syarat Wajib Zakat

Terdapat 7 syarat wajib zakat iaitu:

Islam – pemilik harta seseorang yang beragama islam
Merdeka – individu bebas dari penghambaan
Sempurna milik – pemilikan sepenuhnya terhadap harta tersebut
Cukup nisab – wajib zakat apabila sesuatu harta itu mecukupi nisab yakni mencecah paras minima kadar nisab. Kadar nisab bersamaan dengan jumlah berat.

  • Gold -- 85 gram
  • Emas Perhiasan -- 800gram
  • Silver -- 595 gram

Cukup haul – harta yang dimiliki telah berlalu 1 tahun. Secara umum terdapat 2 perkiraan tahun iaitu Hijriah dan Masihi. Secara kebiasaan (uruf) pada hari ini penggunaan tahun masihi menjadi praktis.

Berkembang (Al Nama) – harta yang dikenakan zakat mestilah harta yang berkembang atau berpotensi untuk berkembang. Sifat berkembang harta adalah sifat yang memberikan pulangan dan pendapatan kepada pemiliknya.

Niat berniaga khusus bagi zakat perniagaan – berniat untuk mendapatkan perolehan dan keuntungan. Ia juga perlu dibuktikan dengan amalan. Niat adalah untuk mendapatkan keuntungan, manakala amalan ialah menjalankan perniagaan. 

Jenis Zakat

Zakat Fitrah

Zakat yang difardhukan keatas setiap individu lelaki dan perempuan muslim. Zakat fitrah pada istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Zakat fitrah juga untuk memberi makanan kepada orang – orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada hari raya 1 syawal (Aidilfitri). Haul zakat fitrah menjelang Aidilfitri pada bulan Ramadan. Kadar zakat di sisi mazhab Hanafi ialah 3.8kg 

Zakat Harta (Maal)

Zakat yang dikeluarkan dari harta yang dimiliki seseorang muslim, iaitu zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat simpanan, zakat saham, zakat emas, zakat perak, zakat pertanian, zakat ternakan, zakat galian.

Zakat Pendapatan

Charity in Islam:
Comprehensive Guide to Zakat, 2nd Edition

Al Qur’an Surah Al Baqarah (2) ayat 267

“Wahai orang – orang yang beriman. Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik – baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu”

Menurut Prof.Dr.Yusof Al Qaradhawi dan Dr.Hussin Shahtah, zakat gaji dan pendapatan diistilah sebagai zakat al – Mal al – Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan professional. Kategori gaji dan pendapatan, hasil penggajian dan upah kerja, hasil kerja bebas dan harta yang menghasilkan pendapatan. Nisab zakat pendapatan bersandarkan 85 gram emas dan kadar bayaran zakat pendapatan ialah 2.5% daripada jumlah pendapatan kasar atau pendapatan bersih. Pakar – pakar di kalangan ulama kontemporari tidak meletakkan haul sebagai syarat wajib zakat pendapatan karena bertepatan dengan konsep keadilan, dengan mengenakan syarat haul, bermakna sistem zakat memberi kesempatan kepada orang – orang kaya untuk mengelakkan diri daripada membayar zakat. Hal ini terjadi apabila sesiapa yang boros berbelanja boleh menggunakan alasan tidak mempunyai wang yang berbaki dalam setahun untuk mengeluarkan zakat. Sedangkan sesiapa yang berjimat-cermat dengan menyimpan wang hasil pendapatan dalam setahun dibebankan dengan zakat. Ia sudah tentu tidak mencerminkan keadilan dalam sistem zakat itu sendiri.

Zakat Perniagaan

Al Qur’an Surah An-Nur (24) ayat 37

Economic Role of Zakat
 in Reducing Poverty and Income Inequality

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang – orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual – beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik – balik hati dan pandangan”

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Dari segi prinsip, harta perniagaan wajib dizakatkan apabila memenuhi sifat; berkembang, diniagakan dan milik sempurna.

Zakat Saham

Al Qur’an Surah Al Baqarah (2) ayat 267

“Wahai orang – orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik – baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu”

Al Qur’an Surah An-Nur (24) ayat 37

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang – orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual – beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik – balik hati dan pandangan”

Saham adalah satu bentuk aset kewangan yang baharu yang tidak wujud pada zaman dahulu. Saham mewakili pemilikan sebahagian daripada modal syarikat yang mana turut membawa kepada keuntungan atau kerugian. Apabila saham disenaraikan di pasaran saham, nilainya mungkin berbeza dengan nilai asalnya. Ini kerana saham yang didagangkan akan membolehkan nilainya untuk turun naik mengikut faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran, seperti pencapaian syarikat, keadaan ekonomi, kestabilan politik tempatan dan antarabangsa. Memiliki dan berurusniaga dengan saham adalah dibenarkan di sisi syarak, asalkan ianya terhindar dari aktiviti haram seperti riba, gharar, judi dan arak. Zakat tidak perlu dibayar atas saham dan dividen saham sekiranya sesebuah syarikat tersebut telahpun mengeluarkan zakat perniagaan bagi pihak pemegang – pemegang sahamnya. Namun sekiranya syarikat tidak mengeluarkan zakat perniagaannya, maka individu yang memiliki saham syarikat tersebut wajib membayar zakat secara persendirian.

Zakat Emas

The Shift in Zakat Practice in Indonesia:
From Piety to an Islamic Socio-Political-
Economic System

Al Qur’an Surah At-Taubah (9) ayat 34 – 35

“Dan (ingatlah) orang – orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya ada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu”

Islam memandang emas sebagai simbol kekayaan harta yang berharga dan mampu berkembang. Kategori pengiraan zakat emas, emas pakai melebihi uruf 800gram, emas yang disimpan (tidak dipakai) melebihi nisab 85gram, emas pelaburan patuh syariah melebihi nisab 85gram.

Zakat Perak

Al Qur’an Surah At-Taubah (9) ayat 34 – 35

“Dan (ingatlah) orang – orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya ada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu”

Income Zakat:
Issues, Concepts, Management,
Discussions and Suggestion

Logam perak (Silver) merupakan logam yang berharga dan berguna. Pada masa dahulu, perak telah digunakan sebagai alat tukaran (wang) dalam urusan jual beli. Masyarakat arab menggunakan logam perak (dirham) sebagai medium matawang utama disamping emas (dinar) dalam sistem ekonomi mereka.

Zakat Pertanian

Al Qur’an Surah Al An’am (6)  ayat 141

“Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun – kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon – pohon tamar (kurma) dan tanaman – tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya”

Zakat pertanian ialah zakat hasil tanaman yang diusahakan oleh orang islam sama ada dalam bentuk biji – bijian atau buah – buahan dengan syarat  - syarat tertentu. Jumhur ulama berpendapat bahawa tanaman sama sekali tidak diwajibkan zakat sehingga sampai jumlah lima bebanan unta (5 wasaq) berdasarkan sabda Rasullullah SAW yang bermaksud, dan tidak ada zakat pada kurang daripada lima Awsuq (Hadis oleh Abu Said Al Khudri, HR Bukhari).

Zakat: Raising a Fallen Pillar
Zakat pertanian dikecualikan daripada ketetapan haul kerana hasil pertanian dikutip apabila tiba waktu menuainya saja. Kadar peratus pembayarannya bergantung kepada cara – cara penghasilnya. Tanaman yang diusahakan dengan menggunakan tenaga manusia atau lainnya seperti binatang dan jentera atau dengan perbelanjaan yang banyak maka kadar zakatnya ialah 5% atau 1/20. Manakala tanaman yang hanya bergantung kepada jirusan air hujan atau hidup dengan aliran sungai atau parit maka kadar zakatnya ialah 10% atau 1/10. Kaedah ini bersumberkan hadis riwayat Jabir RA: “Yang dijirus oleh sungai dan hujan 10 peratus dan dijirus dengan unta 5 peratus (HR Muslim).

Manakala bagi tanam – tanaman yang menggunakan kedua  - dua cara di atas maka telah ditetapkan kadar alternatif sebanyak 7.5%.

Zakat Ternakan

Daripada Abu Dzar RA: Apabila aku pergi kepadanya (Rasullulah) lalu Baginda berkata: Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, tidaklah seorang lelaki pemilik unta, lembu atau kambing yang tidak menunaikan haknya (zakat) melainkan haiwan tersebut akan didatangkan pada hari kiamat dalam keadaan yang lebih besar dan lebih gemuk. Haiwan tersebut memijaknya dengan kaki – kakinya dan menyondol dengan tanduk – tanduknya. Tatkala haiwan terakhir telah melintas, maka haiwan yang pertama akan dikembalikan kepadanya, hingga pengadilan selesai dilakukan diantara manusia (HR Bukhari & Muslim).

Zakat ternakan ialah zakat yang dikenakan keatas binatang – binatang yang diternak daripada jenis lembu, kerbau, kambing, biri – biri dan unta apabila sempurna syarat – syaratnya.

Cukup nisab, bagi ternakan unta jumlah minima adalah 5 ekor, bagi kambing, tidaklah diwajibkan zakat apabila dibawah 40 ekor, manakala nisab lembu ialah 30 ekor. Cukup haul iaitu genap peredaran masa setahun binatang itu dimiliki atau dibelanya.

Zakat Galian

Rasullullah  SAW bersabda: .... “harta terpendam (rikaz) (bila ditemukan seseorang) zakatnya seperlima (20%) (HR Bukhari & Muslim) maka haiwan yang pertama akan dikembalikan kepadanya, hingga pengadilan selesai dilakukan di antara manusia (HR Bukhari & Muslim)

Secara asasnya perbahasan ini berkisar tentang ma’adin, kanz dan rikaz. Ma’adin dengan kata lain adalah bahan galian berharga, yang dengan sendirinya tersimpan di dalam bumi. Manakala Kanz adalah harta yang ditanam di dalam bumi oleh tangan manusia. Istilah Rikaz pula mencukupi kedua – dua ma’adin dan kanz. Namun, umumnya setiap harta yang tertanam di dalam bumi dipanggil sebagai Rikaz.

Menurut pandangan Malik, Abu Hanifah, Ahmad, Ishaq dan Syafi’i sepertimana (20%) diwajibkan pada harta yang dijumpai tidak kira berapa jumlah kuantitinya. Hal ini kerana harta ini perlu dibahagi lima, maka tidak perlu diperhitungkan nisabnya, sama halnya dengan harta rampasan perang (ghanimah) sekalipun sedikit. Para ulama sepakat bahawa tiada syarat haul (tidak perlu menunggu setahun) bagi zakat ini.

Asnaf

“Sesungguhnya zakat – zakat itu, hanyalah untuk orang – orang fakir, orang – orang miskin, pengurus – pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan budak), orang – orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang – orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui Maha Bijaksana.

Seri Lima Rukun Islam:
Ayo, Membayar Zakat

Lapan (8) golongan asnaf tersebut adalah:

  1. Fakir – seseorang yang tidak mempunyai apa – apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber – sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang – orang tanggungan.
  2. Miskin – seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang – orang tanggungnya.
  3. Al – Riqab – memerdekakan orang Islam daripada cengkaman perhambaan
  4. Al – Gharimin – golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syara.
  5. Muallaf – mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam
  6. Fisabilillah – mana – mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti menega, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya
  7. Ibnu Sabil – mana – mana orang dalam perjalanan bagi maksud maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana – mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan
  8. Amil – mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.
Amil
Amil merupakan salah satu kategori dari 8 asnaf. Amil dari sudut bahasa ialah orang yang mengambil zakat daripada pemilik harta atau pemeliharanya.

Amil dari segi istilah ialah:
  • Mereka yang bekerja di bahagian pentadbiran zakat daripada pengutip yang mendapatkan zakat, pengawal yang menjaga dan menyimpan harta zakat , penulis, pengira dan pembahagi zakat kepada asnaf yang layak.
  • Golongan yang diutus Iman untuk mengambil zakat daripada pemiliknya, mengumpulnya, menjaganya, dan memindah - mindahkannya. 
  • Pengutip, penulis, pembahagi dan pengumpul zakat wakil kepada Iman tetapi bukan kadi atau wali.
Amil menurut Al - Quran dan Hadis
"Sesungguhnya sedekah - sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang - orang fakir, dan orang - orang miskin, dan amil - amil yang mengurusnya dan orang - orang muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba - hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang - orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang - orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (At - Taubah:60) 

Syarat - syarat Amil:
Memandangkan peranan atau tugas amil ini melibatkan zakat harta, amil atau golongan yang terlibat dengan pentadbiran zakat perlu memiliki kriteria dan kualiti sebagaimana yang dibincangkan oleh para fuqaha:

Terdapat enam syarat utama yang perlu dipenuhi seseorang individu untuk memohon menjadi Amil iaitu:
  1. Muslim
  2. Mukallaf
  3. Amanah
  4. Mempunyai pengetahuan berkaitan hal ehwal zakat
  5. Memahami selok belok zakat dari segi hukum
  6. Berkemampuan dari segi fizikal
Peranan dan tanggungjawab Amil:
  1. Mengambil zakat daripada pemilik - pemilik harta setelah cukup nisab untuk diserahkan kepada asnaf lapan
  2. Pengantara (mediator) diantara pembayar zakat dan asnaf lapan
  3. Ejen penguatkuasa kutipan zakat yang turut memberi peringatan kepada pembayar zakat
  4. Penyeru atau jurukempen mengajak umat membayar zakat
  5. Mengutip zakat daripada mereka yang layak berzakat dan mengagihkan kepada asnaf yang lapan




Sumber: Openlearning
Zakat : Solusi Mengatasi Kemiskinan Umat


Manajemen Zakat: Histori, Konsepsi, Dan Implementasi


Zakat, Infak, Sedekah


Fikih Zakat, Sedekah, Dan Wakaf


Argumen Kontekstualisasi Zakat Dalam Al-Qur`An


Mengelola Zakat Indonesia



HUKUM ZAKAT DAN WAKAF DI INDONESIA


Keutamaan Zakat, Infak, Sedekah


Opredo Tanya Jawab Cerdas Islami: Zakat


Fikih Zakat Kontemporer


Ensiklopedia Fikih Indonesia 4: Zakat

No comments: